Pertubuhan Dakwah & Tarbiah

Darul Hasani Selangor

Adab/ Peraturan/ Perlembagaan Toriq

**Adab/ Peraturan/Perlembagaan Toriq*


Ulangkaji Tentang Adab Para Murid Dalam Perjalanan Toriqah. Khusus Kepada Penuntut Madrasah Al Hasaniah Sek 15 Shah Alam.


ما لذة العيش إلا صحبة الفقرا # هم السلاطين والسادات والأمرا
1. Tiada lazat kehidupan melainkan bersuhbah dengan para fuqara’ (kaum sufi) ## Merekalah para sultan, ketua dan pemimpin.


فاصحبهم وتأدب في مجالسهم # وخل حظك مهما خلفوك ورا
2. Maka bersuhbahlah dengan mereka dan beradablah di dalam majlis-majlis mereka ## Dan
lepaskanlah/biarkanlah keuntungan dirimu, sekalipun mereka meletakkan kamu di belakang.


واستغنم الوقت واحضر دائما معهم # واعلم بأن الرضا يخص من حضرا
3. Dan ambillah masa dan hadirlah sentiasa bersama mereka ## Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya
keredhaan adalah khusus bagi mereka yang hadir.


ولازم الصمت إلا إن سئلت فقل # لا علم عندي وكن بالجهل مستترا
4. Dan lazimilah mendiam diri melainkan sekiranya kamu ditanya maka jawablah ## “Tiada pengetahuan di sisiku” dan, jadilah dengan kejahilan itu sebagai seorang penyembunyi diri.


ولا تَرَ العيب إلا فيك معتقداً # عـيباً بـدا بـيِّناً لـكنه استترا
5. Dan janganlah kamu melihat suatu keaiban melainkan ia ada pada dirimu dalam keadaan kamu yakin ## keaiban zahir dengan jelas tetapi ia tersembunyi (pada pandanganmu)


وحـط رأسك واستغفر بلا سبب # وقم على قدم الإنصاف معتذرا
6. Dan tundukkanlah kepalamu dan beristighfarlah tanpa sebarang sebab ## Dan berdirilah di atas tapak keinsafan dalam keadaan memohon keuzuran.


إن بــدا مـنك عـيب فـاعتذر وأقـم # وجه اعتذارك عما فيك منك جرى
7. Dan sekiranya nyata daripada dirimu sesuatu keaiban maka mengakulah dan dirikanlah ## aspek
keuzuranmu tentang keaiban yang ada padamu dan daripada dirimu ianya berlaku.


وقـل عـبيدكموا أولى بصفحكموا # فـسامحوا وخـذوا بـالرفق يا فقرا
8. Dan sebutkanlah: hambamu adalah yang lebih patut dengan kemaafanmu ## Maka maafkanlah dan
pimpinlah dengan lemah lembut wahai para fuqara’ (kaum sufi)


هـم بـالتفضل أولى وهو شيمتهم # فـلا تـخف دركـا مـنهم ولا ضررا
9. Mereka, dengan balasan yang baik, adalah lebih utama dan ianya sifat mereka ## Maka janganlah kamu bimbangkan kekurangan dan mudarat daripada mereka.


وبـالـتغني عـلـى الإخـوان جد أبداً ** ** حساً ومعنى وغض الطرف إن عثرا
10. Dan dengan memasukkan kegembiraan ke atas para ikhwan/ahbab, bersungguhlah sentiasa ## secara zahir dan batin, dan tutupkanlah pandangan sekiranya dia melakukan kesilapan.


وراقب الشيخ في أحواله فعسى # يـرى عـليك مـن استحسانه أثرا
11. Dan tumpukanlah kepada guru mursyid di dalam ahwal kerohaniannya maka semoga ## dilihat kesan ke atasmu dari limpahan ihsannya.


وقَــدِّمِ الـجِدِّ وانـهض عـند خـدمته # عساه يرضى وحاذر أن تكن ضجرا
12. Dan dahulukanlah kerajinan dan bersungguhlah ketika berkhidmat kepadanya ## Semoga dia redha dan berhati-hatilah daripada kamu menjadi seorang yang bosan untuk berkhidmat.


فـفي رضـاه رضـا الـباري وطـاعته # يـرضى عـليك فـكن مـن تركه حذرا
13. Maka di dalam redhanya terdapat redha Allah dan ketaatan kepada suruhannya ## Dia akan meredhai ke atasmu dan sentiasalah berhati-hati daripada meninggalakan ketaatan kepadanya.


واعـلم بـأن طـريق الـقوم دارسـة # وحال من يدعيها اليوم كيف ترى
14. Dan ketahuilah sesungguhnya perjalanan kaum sufi ini hampir pupus ## Dan keadaan mereka yang
mendakwa sebagai kaum sufi pada hari ini adalah sebagaimana yang kamu dapat lihat.


مـتـى أراهــم وأنـى لـي بـرؤيتهم # أو تسمع الأذن مني عنهموا خبرا
15. Bilakah aku dapat melihat mereka dan amat jauh peluang bagiku untuk melihat kepada mereka ## Atau telingaku mendengar tentang perkhabaran mereka.


أحــبـهـم وأداريــهــم وأوثــرهــم # بـمـهجتي وخـصوصا مـنهم نـفرا
16. Aku cintai mereka, aku berlemah lembut bersama mereka, aku utamakan mereka ## dengan hati/jiwaku dan terutamanya beberapa orang dari kalangan mereka.


قوم كرام الســجايا حيــث ما جلسـوا # يبـقى المكـــان على آثارهم عـطرا
17. Kaum yang mulia akhlak mereka di mana sahaja mereka duduk/berada ## Berkekalan tempat yang mereka diami dengan kesan-kesan mereka dengan wangian.


يهـدي التصوف من أخلاقهم طرفـــا # حسـن التألف منهم راقني نظـــــرا
18. Memberi petunjuk kepada ilmu tasauf sebahagian daripada akhlak mereka dengan beberapa jalan/kaedah ## Keelokkan keserasian daripada mereka telah menyucikan pandanganku.


هم أهل ودي وأحبابي الذين همــــوا # ممـــن يجـر ذيول العـز مفتخــــرا
19. Mereka adalah kesayanganku dan teman-temanku yang mereka ## dari kalangan mereka yang membawa heretan keagungan dan kebanggaan.


لا زال شمـلي بهم في الله مجــتمـعـا # وذنبنــا فيــه مغــفورا ومغــــــتفرا
20. Sentiasalah perkumpulanku bersama mereka demi Allah Taala sebagai suatu perhimpunan ## dan dosa kami di dalamnya diampunkan dan dimaafkan.


ثم الصلاة عــلى المخـــتار سيدنـــــا # محمــد خيـــر من أوفى ومن نذر
21. Kemudian selawat ke atas yang terpilih penghulu kami ## Saiduna Muhammad seelok-elok orang yang menunaikan janji dan sebaik-baik orang yang memberi peringatan.


Disediakan oleh:
Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat
Mudir Madrasah Dakwah & Tarbiyah Sek 15 Shah Alam